30 December 2013

14 years

bismillah.


it has been 14 years, isn't it?
and the fact that i'm turning 21 in a few months (inshaAllah)
makes me wonder how fast time has flown.
back then i was too young to understand where did you go.
because you never came back.



but now i know.
you are now in Allah's care.
may you'll always be shaded by His mercy.



i know you were my guardian angel.
from the moment when i first opened my eyes to see the world.
i heard your voice.
praising Allah, expressing your gratitude.
within your embrace.
you gave me my name.



i miss you.
i miss you to the core.
every second and minute.
in every breath.
but the fact that we're always connected by du'as.
soothes my pain every now and then.



you were my superhero.
and still are.
i love you.
and will always love you, Abah.


Al-fatihah.
Amran bin Abu Bakar [15 Nov 1965 - 3 Dec 1999]









2 November 2013

bangun


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yg sabar." 
(Al-Baqarah : 153)

.............................................................................


kebelakangan ni.
engkau serabut. serabut yg amat sangat.
sampaikan hampir terjejas satu assignment.
yg penting pulak tu. uishh. uishh.
serabut kusut yang engkau tak tahu punca.

mungkin.
disebabkan engkau tak jaga hubungan dengan Allah.
doa punyalah bersungguh sungguh.
engkau mintak itu mintak ini.
tapi dosa tetap buat.
hati engkau ke mana melayang?


lepas tu.
nah, panggilan dari Yang Maha Mengetahui.
engkau tersentak. tersungkur.
mulalah drama buntu terpana menangis-nangis engkau mulakan.


padahal jawapannya satu.
sila engkau kembali pada Pencipta.
sebab pada Dia ada semua jawapan kebuntuan engkau.


kuatlah.
kuatlah untuk bangun hadapi ini semua.
bangun dari mimpi yg tak sudah sudah engkau anyam.
sedang amanah besar tergalas di bahu engkau jadikan ceritera semata.
bangun. kerja engkau masih belum selesai.


senyumlah.
walau dirimu sedang punah di dalam.
kuatlah.
walau langkah terasa tak mampu lagi dihayun.
bersujudlah kerana di situ letak kunci kekuatanmu.
untuk kembali berlari menuju Tuhanmu.

.......................................................................


Benarkah kita cinta kepada Allah S.W.T tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat? - Ustazah Fatimah Syarha, Solusi Isu 37

hati

hati tu.
berbolak balik.
senang sangat nak terbalik-terbalik.
ikut surrounding.
kalau lupa sikit.
tumbuh bintik hitam.
kalau leka.
terdorong ke arah lagha.

Ya Allah.
Yang Memegang hati-hati ini.
Tetapkan ia di jalanMu.

ujian tu.
untuk kuatkan hati.
hati yang lemah, mana mampu nak memiliki cinta Yang Maha Agung.
hati yang lemah, apa je yg boleh sumbang untuk ummah?
gulp.

4 September 2013

ありがとう

arigatou. terima kasih. thank you.

i hope these words will reach you.
because i'm really bad at saying them out loud.





well. i might diligently write again. who knows.


...

3 September 2013

to the ones who know me

if anything ever happen to me, 
please tell my mom, my family and my friends.
that I am so grateful for them in my life. 
they means the world to me, 
and they are too precious to the point i am not suited to be the one who was related to them.

and tell them I'm very sorry to become such a burden.
please ask them to forgive me.


Ya Allah.
please make them happy.
from the world to hereafter.
make way for them to your Jannah.
forgive them.
guide them all the way to You.
shower them with Your unending love.
and please have mercy on them.

I have been such a problematic person for them.
how pathetic.
Ya Allah, forgive me.


no no no. this is not a suicide note.

...

senyum

pahit mana pun, berat mana pun ujian yang menimpa.
tanam dalam hati. senyum. jangan lupa. senyum.

kerana ujian tu kadang-kadang menyedarkan kita yang leka.
yang terbabas ke sana ke mari.
yang masih kurang berusaha memperbaiki hubungan denganNya.
dan kerana ujian itu tanda Allah ingin kita senyum menghadapinya, senyum dengan penuh keyakinan bahawa Dia sentiasa bersama.
sentiasa.

senyumlah, dan bersabarlah.
pandang sekeliling, bandingkan.
pandang ke serata dunia, rasakan dalam hati.
tidaklah berat mana ujianmu, bukan?

senyumlah. Allah tahu.

well, at least you've learnt your lesson. peace no war.

16 April 2013

to the special one :')

hatinya tak sekeras sifat luaran yang seringkali cuba dipamer.bagaimanapun dia mencanangkan kekerasan hatinya,tak mungkin dia dapat menafikan hakikat yang satu.hati wanita sememangnya lembut.itu fitrah dari Ilahi yang menciptakan.

betapa pun dia cuba menjadi seorang insan biasa yang terus menjalani kehidupan tanpa merasakan sedikitpun kekurangan,hakikatnya rindu itu pasti bertandang.namun,menafikan rindu itu bukanlah pilihannya.merelakan sebuah kerinduan itu pula seakan pahit.

namun,demi amanat yang dipegang sehingga kini,dia masih bertahan.betapa pun rindu itu hadir menggugah rasa,biar airmata itu mengalir.jangan semangat itu luntur walau sedikit.dia yakin,kerana dia ada pendengar yang setia.Tuhannya.Yang tak pernah berhenti Mendengar.lebih-lebih lagi pabila tiba saat rindu itu seakan-akan menggigit rasa.pada siapa lagi ingin diadu? dan cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Pemelihara.

dia masih ingat lagi,satu waktu dahulu.

zaman kecil yang penuh warna warni.setiap harinya akan dipenuhi 'aturan' yang telah disusun sempurna.dan insan istimewa itu,tak pernah letih melayan kerenahnya saban hari.sabar menjawab segala pertanyaan yang kadangkala tak 'kena' langsung atau sangat tak dapat diterima akal.

dia cukup diajar.ya,sedari kecil lagi.dibawa mengenal erti agama.kepentingan ilmu.dipupuk spenuhnya minat membaca.kerana kata insan istimewa itu," mana-mana pergi pun,apa-apa yang kita mahukan pun,perlu ada ilmu."

setiap kesalahan akan dihukum setimpal.habis dia menangis,insan itu akan menariknya kembali,perlahan-lahan, memujuk, "itu kan salah."

dia juga masih ingat ketika matanya terhantuk betul-betul di bendul tangga ketika bermain di tadika.tanpa perlu menunggu lama,insan itu muncul di pintu agar dan terus membawa ke klinik.dan,perlahan memujuk tangisan yang tak mahu berhenti itu.malahan,insan itu,sanggup mengambil cuti kecemasan atas kemalangan yang agak kecil itu.

saat-saat manis kurniaan Ilahi.walau singkat,namun dia berupaya juga menyimpan kemas di kotak ingatan.bersama sebuah rindu.

namun,setiap hati itu pasti diuji.dan,yakinlah setiap ujian itu mengandungi hikmah yang tersirat.

bermula dengan sebuah kemalangan kecil dalam perjalanan ke tempat kerja,akhirnya meyingkap sebuah kisah yang pahit untuk dikenang.namun begitu,dia yakin,Tuhan tidak kejam.takkan sama sekali.

insan istimewa itu didiagnosis dengan penyakit itu.ya,penyakit yang masih membuatkan dia berasa sayu untuk menyebutnya kembali.takkan dilupakan bagaimana wajah insan itu membengkak dan seluruh badannya kekuningan.tika itu,masih tiada vaksin yang dapat ditemui bagi merawat penyakit itu.dan,kenyataan yang lebih menyakitkan,penyakit itu jugalah yang telah ditakdirkanNya untuk meragut nyawa abang kepada insan istimewa itu.penyakit keturunankah? 
adakah insan itu juga akan berhadapan dengan nasib yang sama nanti?

ingatannya terarah pula kepada kata-kata yang memilukan itu.tatkala insan istimewa itu beramanat dalam helaan nafasnya yang memberat, " belajar rajin-rajin.jadi manusia yang berguna.jadi anak yang baik.jaga emak dan adik." saat itu.mindanya ligat berfikir,ke manakah insan itu akan pergi? mengapa kata-katanya begitu?

perlahan-lahan dan tanpa dipinta,dia akhirnya faham.tetapi,masih mengharapkan keajaiban tatkala takdir itu semakin menghampiri.Ya Allah.hanya kalimah itu yang mampu terluncur ketika itu.

tentunya.dia masih ingat lagi dalam keheningan manusia lain nyenyak dibuai mimpi.mereka sekeluarga membawa insan istimewa itu ke kampung.wajah paklong dan maklong yang menggeleng-geleng ketika pulang membawa insan itu dari hospital,seakan-akan mengunci mulutnya untuk bertanya lebih lanjut.

dan,apabila saat-saat terakhir itu menjelma.masih tak dapat dia lenyapkan dari ingatan wajah-wajah insan di sekelilingnya yang berendam airmata.nasib,dia dipangku seseorang.kalau tidak mungkin sahaja dia telah menerjah ke arah insan istimewa yang sudah dikelilingi mereka yang bertangisan.

"ABAAAAAAAHHHHHHH!!!!"

lambat sedikit,tapi akhirnya dia faham untuk apa tangisan itu.ketika itu,hanya satu persoalan yang singgah di benaknya,mengapa pemergian insan itu  tidak membawa dirinya bersama.meninggalkannya sendiri.dan siapa lagi yang akan bercerita dengannya? melayan hikayat angan-angannya?

benar.takdir itu pedih.malahan yang terpedih dalam lipatan sejarah hidupnya setakat ini.namun,setelah berbelas tahun berlalu,kesakitan kehilangan itu Allah gantikan dengan pelbagai nikmatNya yang tak bertepi.dan di saat dia merindu,Allah sentiasa mendengar rintih hatinya.tidak tertinggal walau sedikit.dan itu,membuatkan dia semakin jelas dengan hikmah ketetapan Allah.

bagi insan teristimewa dalam hidupnya yang digelar Abah;
semoga kini berada di sisiNya Yang Maha Pengasih.
terus dilindungi dan dinaungi.
dikasihi dan diberikan yang terbaik dari sisiNya.
jasa itu.hanya Allah yang dapat membalasnya.
terima kasih untuk segalanya walau masa bersama amat singkat.

dan saat ini.rindu itu bertandang kembali.kadangkala tangannya ringan meyelak kembali album lama bagi menatap wajah kerinduan itui.sambil berdoa,moga kan ada pertemuan di sana nanti.insyaAllah.moga berbahagia di sana.

tidak.ketabahan itu tidak pernah ada.yang ada hanyalah secebis kekuatan yang Allah pinjamkan untuk menjadi pemangkin dalam meneruskan langkahnya saban hari.dan demi amanat yang tergalas di bahu,moga dia akan tetap kuat melangkah ke hadapan.

*bagi anda yang membaca atau terbaca.
hargailah 'insan-insan teristimewa' dalam hidup anda ya.
sebelum Allah menjemput mereka,ataupun diri kita sendiri ke sisiNya.
moga kasih Ilahi terus memayungi hati,insyaAllah.


Allah berfirman ;
"Dan turunkanlah sayap iaitu merendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ;"wahai Tuhanku,kasihilah mereka kedua-duanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu masih kecil"
(17:24)

"Ya Tuhan kami,berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)"
(14:41)

30 March 2013

random

bismillah.

minggu getir yang sepatutnya diisi dengan perkara yang sangat berfaedah (baca : study) telah selamat dihabiskan dengan duduk menung bersahaja. haihh -.-" terima kasih kepada midterm exam kaedah maths dlm fizik yg memberi kejutan 1000volt seterusnya menghilangkan angan-angan jenin saya. terima kasih madam, for insisting that we should have exam as early as we can.

well. at least i won't be sitting around and spacing out anymore.
we have to give our best in every single thing, right? kalau tak macamanalah Allah nak nilaikan usaha kita.
Allah jadikan sesuatu tu MESTI ada hikmahnya. sabarlah diri. sabar tu pun, berkali-kali ganda lagi ganjarannya.

well,frankly speaking, i got to admit, it's kinda hard for me to mix in a new surrounding. that insecure feel, well,you know. i don't have that 'mesra alam' attitude anymore. i don't have that noisy mouth that asks everything anymore, ever since i left school. simply said as, an outspoken person turned into an introvert.

and i still wonder why.

by the way, moga perpindahan ni, dimudahkan Allah. amin~

16 March 2013

reflection

I have to admit that I fell in love with Sabah at the first sight. Didn't really know why, but there's this strong feeling that is lingering and whispering, "there's something for you here". yea, that kind of feel.

The scenery, subhanallah. The greenery, masha Allah. The people, alhamdulillah. 
great experiences. far from homeland. kinda new.

Ya Allah, thanks for sending me here even I almost rejected the offer and being all gloomy for it at first. indeed, You're the only One who knows best. 

I can see now. You're sending me here to make me stronger. to heal me from what I've been suffering from before. Oo Allah, indeed You're the Most Merciful. still giving me the best of all, when I didn't even give my very best in anything I do. when I'm still drowning in my own sins.

You give me the best.
You even heal me.

I kinda understand now. 
that Allah knows it all. Allah knows. Allah knows.


permata usrah hari ni : 

" Allah SWT dan Rasulullah SAW telah lama memilih untuk mencintai kita, jauh lebih lama, lebih dahulu daripada ketika kita benar-benar memilih untuk mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. "




*terasa jiwa dihentak bertubi-tubi. gulp*



now who can say Allah doesn't love us? after all His blessings that were given to us....
who can say that Rasulullah doesn't love us, even we didn't even get the chance to meet him? who did he mention when he is in sakaratulmaut, the most painful moment of all pain?


anddd...
when will we actually choose to love Allah, to love Rasulullah, who loved us sooooo much?
Allahu.


*lempang diri sendiri berkali-kali*


bulatan gembira yang menjana iman, moga-moga inshaAllah.
Allah, berkatilah usaha kami di jalanMu. redhakan ukhuwah kami yg terjalin keranaMu.
moga hati-hati ini Allah tautkan dan kuatkan hingga ke jannah :)



ALHAMDULILLAH.


12 March 2013

Allah, keep me strong.

bismillah.

Al- Fatihah untuk wan, Siti Baheram binti Joned yg kembali ke rahmatullah beberapa minggu yg lepas.
terkilan sikit sebab baru je balik Sabah, and memang tak dpt nak balik semenanjung balik untuk ziarah kali terakhir. Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui keadaan ketika itu.

terima kasih Ya Allah, kerana setia mendengar tatkala kesedihan ini terpaksa ditanggung seorang.
indeed, only Allah knows. Allah knows :'(

moga arwah wan tenang kat sana.
teringat betapa arwah wan suka memanja-manjakan cucu-cucu dia.
Allahu. rinduuu :'(

Allah, ganjari wan dgn sebesar-besar kasihMU.
Allah, moga segala kebaikannya tinggi dalam pandanganMU.
terima kasih utk segalanya, wan.

Allah,You're the only one who knows deep down inside the heart. thanks for giving me enough strength to keep smiling even the heart was torn into pieces.

p/s : menaip post sambil dengar lagu muhasabah cinta, memangggg laju lahh kan. tissue, please.

17 February 2013

kau pergi jua [al-fatihah]

bismillah.

Nur Adrianna Batrisya binti Norzulkarnain.

tanggal 14 Februari 2013.
kau pergi dulu rupanya dik.
tenangnya wajahmu menandakan kau bakal menjadi ahli syurga.
menanti kami semua di sana.
bergembira di sisiNya.
sucinya wajahmu ketika dimandikan.
menandakan betapa bersihnya dirimu dari dosa lantaran usiamu yang masih terlalu muda.

itulah yang sebaiknya untukmu dik.
kau telah penat dan lelah berjuang habis-habisan melawan penyakitmu.
malahan kau menjadi sangat matang menerima dugaan berat ini.

kami pasti merindukanmu.
terlalu rindu.
keletahmu, soalan-soalanmu, serta percakapanmu yang sememangnya tulus malah kadangkala matang dari usiamu :)
cepat kau matang dik.
kadangkala terasa malu pula kaklong denganmu.

kini bergembiralah kau di sisiNya.
menanti kami yang masih berbaki perjalanannya ini.
kini kau lebih tinggi tarafnya daripada kami.
kau ahli syurga, tiada hisab, tiada timbangan.
sedangkan kami, masih bertatih menjalani hidup untuk mencari redha Allah.
entahkan dilempar ke neraka atau merangkak-rangkak ke syurga.
Allahu.

tenanglah di sana dik.
kau telah terlalu penat menghadapi dugaan hidupmu yang bukan sedikit.
doakan kami dik.
agar dapat kami contohi ketabahan jiwa muda sepertimu.
agar dapat kami bertemu denganmu di sana nanti.
inshaAllah.