"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yg sabar."
(Al-Baqarah : 153)
.............................................................................
kebelakangan ni.
engkau serabut. serabut yg amat sangat.
sampaikan hampir terjejas satu assignment.
yg penting pulak tu. uishh. uishh.
serabut kusut yang engkau tak tahu punca.
mungkin.
disebabkan engkau tak jaga hubungan dengan Allah.
doa punyalah bersungguh sungguh.
engkau mintak itu mintak ini.
tapi dosa tetap buat.
hati engkau ke mana melayang?
lepas tu.
nah, panggilan dari Yang Maha Mengetahui.
engkau tersentak. tersungkur.
mulalah drama buntu terpana menangis-nangis engkau mulakan.
padahal jawapannya satu.
sila engkau kembali pada Pencipta.
sebab pada Dia ada semua jawapan kebuntuan engkau.
kuatlah.
kuatlah untuk bangun hadapi ini semua.
bangun dari mimpi yg tak sudah sudah engkau anyam.
sedang amanah besar tergalas di bahu engkau jadikan ceritera semata.
bangun. kerja engkau masih belum selesai.
senyumlah.
walau dirimu sedang punah di dalam.
kuatlah.
walau langkah terasa tak mampu lagi dihayun.
bersujudlah kerana di situ letak kunci kekuatanmu.
untuk kembali berlari menuju Tuhanmu.
.......................................................................
.......................................................................
Benarkah kita cinta kepada Allah S.W.T tatkala kita memaksa Dia memakbulkan doa-doa kita sedangkan hidup seharian kita asyik bergelumang dosa tanpa taubat? - Ustazah Fatimah Syarha, Solusi Isu 37
No comments:
Post a Comment