hatinya tak sekeras sifat luaran yang seringkali cuba dipamer.bagaimanapun dia mencanangkan kekerasan hatinya,tak mungkin dia dapat menafikan hakikat yang satu.hati wanita sememangnya lembut.itu fitrah dari Ilahi yang menciptakan.
betapa pun dia cuba menjadi seorang insan biasa yang terus menjalani kehidupan tanpa merasakan sedikitpun kekurangan,hakikatnya rindu itu pasti bertandang.namun,menafikan rindu itu bukanlah pilihannya.merelakan sebuah kerinduan itu pula seakan pahit.
namun,demi amanat yang dipegang sehingga kini,dia masih bertahan.betapa pun rindu itu hadir menggugah rasa,biar airmata itu mengalir.jangan semangat itu luntur walau sedikit.dia yakin,kerana dia ada pendengar yang setia.Tuhannya.Yang tak pernah berhenti Mendengar.lebih-lebih lagi pabila tiba saat rindu itu seakan-akan menggigit rasa.pada siapa lagi ingin diadu? dan cukuplah Allah sebagai sebaik-baik Pemelihara.
dia masih ingat lagi,satu waktu dahulu.
zaman kecil yang penuh warna warni.setiap harinya akan dipenuhi 'aturan' yang telah disusun sempurna.dan insan istimewa itu,tak pernah letih melayan kerenahnya saban hari.sabar menjawab segala pertanyaan yang kadangkala tak 'kena' langsung atau sangat tak dapat diterima akal.
dia cukup diajar.ya,sedari kecil lagi.dibawa mengenal erti agama.kepentingan ilmu.dipupuk spenuhnya minat membaca.kerana kata insan istimewa itu," mana-mana pergi pun,apa-apa yang kita mahukan pun,perlu ada ilmu."
setiap kesalahan akan dihukum setimpal.habis dia menangis,insan itu akan menariknya kembali,perlahan-lahan, memujuk, "itu kan salah."
dia juga masih ingat ketika matanya terhantuk betul-betul di bendul tangga ketika bermain di tadika.tanpa perlu menunggu lama,insan itu muncul di pintu agar dan terus membawa ke klinik.dan,perlahan memujuk tangisan yang tak mahu berhenti itu.malahan,insan itu,sanggup mengambil cuti kecemasan atas kemalangan yang agak kecil itu.
saat-saat manis kurniaan Ilahi.walau singkat,namun dia berupaya juga menyimpan kemas di kotak ingatan.bersama sebuah rindu.
namun,setiap hati itu pasti diuji.dan,yakinlah setiap ujian itu mengandungi hikmah yang tersirat.
bermula dengan sebuah kemalangan kecil dalam perjalanan ke tempat kerja,akhirnya meyingkap sebuah kisah yang pahit untuk dikenang.namun begitu,dia yakin,Tuhan tidak kejam.takkan sama sekali.
insan istimewa itu didiagnosis dengan penyakit itu.ya,penyakit yang masih membuatkan dia berasa sayu untuk menyebutnya kembali.takkan dilupakan bagaimana wajah insan itu membengkak dan seluruh badannya kekuningan.tika itu,masih tiada vaksin yang dapat ditemui bagi merawat penyakit itu.dan,kenyataan yang lebih menyakitkan,penyakit itu jugalah yang telah ditakdirkanNya untuk meragut nyawa abang kepada insan istimewa itu.penyakit keturunankah?
adakah insan itu juga akan berhadapan dengan nasib yang sama nanti?
ingatannya terarah pula kepada kata-kata yang memilukan itu.tatkala insan istimewa itu beramanat dalam helaan nafasnya yang memberat, " belajar rajin-rajin.jadi manusia yang berguna.jadi anak yang baik.jaga emak dan adik." saat itu.mindanya ligat berfikir,ke manakah insan itu akan pergi? mengapa kata-katanya begitu?
perlahan-lahan dan tanpa dipinta,dia akhirnya faham.tetapi,masih mengharapkan keajaiban tatkala takdir itu semakin menghampiri.Ya Allah.hanya kalimah itu yang mampu terluncur ketika itu.
tentunya.dia masih ingat lagi dalam keheningan manusia lain nyenyak dibuai mimpi.mereka sekeluarga membawa insan istimewa itu ke kampung.wajah paklong dan maklong yang menggeleng-geleng ketika pulang membawa insan itu dari hospital,seakan-akan mengunci mulutnya untuk bertanya lebih lanjut.
dan,apabila saat-saat terakhir itu menjelma.masih tak dapat dia lenyapkan dari ingatan wajah-wajah insan di sekelilingnya yang berendam airmata.nasib,dia dipangku seseorang.kalau tidak mungkin sahaja dia telah menerjah ke arah insan istimewa yang sudah dikelilingi mereka yang bertangisan.
"ABAAAAAAAHHHHHHH!!!!"
lambat sedikit,tapi akhirnya dia faham untuk apa tangisan itu.ketika itu,hanya satu persoalan yang singgah di benaknya,mengapa pemergian insan itu tidak membawa dirinya bersama.meninggalkannya sendiri.dan siapa lagi yang akan bercerita dengannya? melayan hikayat angan-angannya?
benar.takdir itu pedih.malahan yang terpedih dalam lipatan sejarah hidupnya setakat ini.namun,setelah berbelas tahun berlalu,kesakitan kehilangan itu Allah gantikan dengan pelbagai nikmatNya yang tak bertepi.dan di saat dia merindu,Allah sentiasa mendengar rintih hatinya.tidak tertinggal walau sedikit.dan itu,membuatkan dia semakin jelas dengan hikmah ketetapan Allah.
bagi insan teristimewa dalam hidupnya yang digelar Abah;
semoga kini berada di sisiNya Yang Maha Pengasih.
terus dilindungi dan dinaungi.
dikasihi dan diberikan yang terbaik dari sisiNya.
jasa itu.hanya Allah yang dapat membalasnya.
terima kasih untuk segalanya walau masa bersama amat singkat.
dan saat ini.rindu itu bertandang kembali.kadangkala tangannya ringan meyelak kembali album lama bagi menatap wajah kerinduan itui.sambil berdoa,moga kan ada pertemuan di sana nanti.insyaAllah.moga berbahagia di sana.
tidak.ketabahan itu tidak pernah ada.yang ada hanyalah secebis kekuatan yang Allah pinjamkan untuk menjadi pemangkin dalam meneruskan langkahnya saban hari.dan demi amanat yang tergalas di bahu,moga dia akan tetap kuat melangkah ke hadapan.
*bagi anda yang membaca atau terbaca.
hargailah 'insan-insan teristimewa' dalam hidup anda ya.
sebelum Allah menjemput mereka,ataupun diri kita sendiri ke sisiNya.
moga kasih Ilahi terus memayungi hati,insyaAllah.
Allah berfirman ;
"Dan turunkanlah sayap iaitu merendahkan dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ;"wahai Tuhanku,kasihilah mereka kedua-duanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu masih kecil"
(17:24)
"Ya Tuhan kami,berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat)"
(14:41)
No comments:
Post a Comment