10 June 2014

hijrah

bismillah.

mahu lajukan gerak langkah.
terasa sudah terlalu lama duduk di takuk yang sama.




aku rindukan keberanian itu.
yang hilang ditelan masa lampau yang rumit.
keberanian untuk tetap melangkah walau setapak setapak.




pahitnya rasa.
bila sering disalah erti.
dan lebih sakit bila aku harus teruskan rentak erti yang salah itu.
dek kerana tak mahu kenangan yang tertimbus kembali disingkap.




aku lupa.
masa yang telah lalu takkan kembali.
yang ada adalah hari ini saat ini.
yang masih diberi oleh Yang Maha Kasih.




aku lupa.
aku dilahirkan bukan untuk menyempurnakan diri pada pandangan manusia.
tapi untuk mencurah usaha menuju Dia.





sabarnya. sabarnya Dia.
melihat aku ini berulang alik, tersesat, bermula semula, jatuh, berlari ke belakang.
kerana aku hilang arah tujuan lantas tercampak jauh dari landasan.




namun.
masih. Dia masih mencurah nikmat dan hikmah ke segenap nafas aku yang lupa.
dan Dia tetap ada.
memberi peluang.
menyelit petunjuk dalam setiap kejadian.


sungguh.
Allah Maha Besar.




moga Engkau sampaikan aku ke bulan yang Engkau muliakan.
dan semoga titik hijrah ini menjadi permulaan untuk aku melangkah lebih jauh.
biar tak laju. biar kurang deras.
namun menjadi setapak setapak yang Engkau redhai.




Ya Allah.
kurniakanlah kami istiqamah.

No comments: